BAHAGIAN
A-BINA AYAT
KRITERIA
AYAT YANG CEMERLANG
1. AYAT YANG
LENGKAP DAN MENEPATI BAHAN GRAFIK.
2. SETIAP AYAT
PERLU ADA SUBJEK DAN PREDIKAT
SERTA KETERANGAn YANG MELUAS PADA SUBJEK ATAU
PREDIKAT. SUBJEK FOKUS KEPADA WATAK ATAU PERKARA UTAMA YANG INGIN DICERITAKAN MANA KALA PREDIKAT PULA FOKUSKAN KEPADA AKTIVITI ATAU KETERANGAN YANG
SESUAI MENGENAI WATAK ATAU PERKARA UTAMA TERSEBUT. (AKTIVITI ATAU KATA KERJA BUKAN FOKUS UTAMA DALAM PEMBINAAN AYAT)
3. KETERANGAN MERUPAKAN PELENGKAP AYAT BAGI AKTIVITI YANG DILAKUKAN -
TERSURAT ATAU TERSIRAT. (AYAT TERSIRAT TIDAK TERDAPAT DALAM GAMBAR. MURID PERLU
KREATIF MEMIKIRKAN KESESUAIANNYA BAGI MENJADIKAN AYAT YANG DIBINA KELIHATAN
GRAMATIS.
4. PENGGUNAAN
KOSA KATA / KATA YANG LUAS DAN SESUAI.
5. PENGGUNAAN
EJAAN DAN TANDA BACA YANG BETUL.
UNTUK MENDAPAT MARKAH YANG CEMERLANG ATAU
BAIK - BAHAGIAN A, MURID-MURID MESTI
MEMASTIKAN AYAT YANG DIBUAT HARUSLAH :-
- LOGIK
- APA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR
- GRAMATIS – BETUL NAHU / TATABAHASA
- AYAT
TUNGGAL /MAJMUK PERLU ADA PERLUASAN AYAT PADA SUBJEK ATAU PREDIKAT
PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DAN
ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN.
- BILANGAN PERKATAAN DALAM AYAT BUKAN
PENENTU KRITERIA AYAT YANG LENGKAP. TIADA HAD BILANGAN PATAH PERKATAN ( 8-12
P/P).
- JUMLAH PATAH PERKATAAN DALAM AYAT TIDAK
DIAMBIL KIRA.
- AYAT DALAM BENTUK BERNOMBOR / TANDA
DITERIMA. JIKA DALAM PERENGGAN,
TERIMA LIMA AYAT PERTAMA SAHAJA.
- PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA / WATAK DITERIMA/. (KATA NAMA AM/KATA NAMA
KHAS/KATA GANTI NAMA DIRI)
0 comments:
Post a Comment